Berita Berita
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
KUALA LUMPUR 31 Okt - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mempertahankan tindakannya menegur seorang wartawan ketika majlis pelancaran projek ‘I Lite U’ sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Rabu lalu.
Memetik laporan Oriental Daily News, Kor Ming menjelaskan bahawa interaksi antara wartawan dan individu yang ditemu bual haruslah bersifat dua hala, di mana kedua-dua pihak mempunyai hak dan ruang untuk menyatakan pandangan.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, teguran yang dibuatnya bukan bertujuan untuk menekan mana-mana pihak, sebaliknya merupakan amalan adil dalam komunikasi profesional.
“Interaksi antara wartawan dan pihak yang ditemu bual perlu dua hala. Jika seseorang tidak boleh menerima sedikit pembetulan, maka akan timbul reaksi berlebihan,” katanya.
Kor Ming turut menjelaskan bahawa sidang media dan ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada majlis tersebut dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, meskipun turut dihadiri wakil media asing.
“Namun, masih ada seorang wartawan yang sengaja bertanya mengapa slogan kempen itu tidak dalam bahasa Melayu,” katanya, sambil mendakwa soalan itu seolah-olah bertujuan memalukan negara di hadapan media luar.
Kenyataan itu dibuat selepas pelbagai pihak mengkritik tindakan Kor Ming yang dikatakan memberi reaksi berang terhadap soalan wartawan Utusan Malaysia mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema projek tersebut.
Susulan insiden itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Semenanjung Malaysia dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) mengeluarkan kenyataan bersama yang menyifatkan tindakan Kor Ming sebagai menekan kebebasan media dan tidak wajar dilakukan oleh seorang menteri.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
