TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

‘Hari-hari buat politik, kita nak pelancong atau tidak?’ – Tiong bidas pihak kecam kerjasama dengan Starbucks

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 31 Okt - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, membidas pihak yang terus mempertikaikan kerjasama kementeriannya dengan Starbucks sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), sambil menegaskan tindakan itu tidak membawa sebarang keuntungan kepada negara.

Beliau berkata, kementeriannya terbuka bekerjasama dengan mana-mana syarikat atau jenama yang mampu membantu mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kita bukan kerjasama dengan Starbucks saja. Saya minta semua Ahli Parlimen, kalau boleh datang ke kementerian saya, saya boleh kemukakan senarai (kerjasama yang dijalankan).

“Hari-hari buat politik. Ini tidak buat keuntungan pada negara. Kita nak pelancong atau tak nak?” katanya semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Parlimen hari ini.

Tiong menjelaskan, kerjasama Tourism Malaysia bukan hanya dengan Starbucks, tetapi turut melibatkan pelbagai jenama lain termasuk produk makanan dan minyak wangi halal.

“Danish Butter Cookies pun ada kerjasama juga, tapi tak ada orang sentuh. Ada juga perfume (minyak wangi) dari orang Islam, halal punya, tapi orang tidak ungkit,” katanya sambil menunjukkan produk berkenaan di Dewan Rakyat.

Pada 2 Oktober lalu, Starbucks Malaysia bersama Tourism Malaysia melancarkan kerjasama strategik bertemakan ‘Surreal Experiences’ sempena promosi TMM2026.

Bagaimanapun, kerjasama itu mengundang kecaman beberapa pihak yang membantah penglibatan Starbucks, susulan dakwaan hubungan jenama berkenaan dengan Israel dalam konteks konflik Gaza.

+ - reset