Berita Berita
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
KUALA LUMPUR 31 Okt - Walaupun isu pemandu mabuk sering mencetuskan kebimbangan awam, data rasmi kerajaan menunjukkan kes kemalangan maut akibat pengaruh alkohol sebenarnya sangat kecil iaitu kurang 0.5 peratus daripada keseluruhan insiden jalan raya sejak 2022, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Menurut jawapan bertulis Loke di Parlimen, hanya 14 kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk direkodkan pada 2022, bersamaan 0.23 peratus daripada 6,080 kes kematian jalan raya pada tahun berkenaan.
Jumlah itu menurun kepada 13 kes atau 0.2 peratus daripada 6,473 kematian pada 2023, manakala 12 kes atau 0.19 peratus direkodkan pada 2024 daripada keseluruhan 6,464 kematian.
Sehingga Jun tahun ini, hanya dua kes dilaporkan, iaitu 0.06 peratus daripada 3,087 kematian jalan raya.
Menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN–Kuantan), Loke berkata tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terus diambil terhadap pesalah.
Sebanyak 2,306 kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol direkodkan pada 2022, diikuti 1,989 kes pada 2023, 1,589 kes pada 2024 dan 508 kes setakat Jun 2025.
Beliau berkata, kerajaan melalui kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)meneruskan kempen kesedaran dan advokasi di seluruh negara.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mempergiat Kempen Kesedaran SAFER serta hebahan menerusi media massa dan media sosial, dengan lebih 600 program kesedaran dianjurkan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.
Loke turut mengingatkan bahawa pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan yang berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020 memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk.
Pindaan itu menetapkan penjara antara 10 hingga 20 tahun, denda RM50,000 hingga RM150,000, serta penggantungan lesen sehingga 20 tahun, bergantung kepada kategori kesalahan.
Beliau menegaskan, penguatkuasaan berterusan dan pendidikan awam adalah langkah penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:13 pm
