Berita Berita
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
SHAH ALAM 31 Okt - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah menengah di sini, dipercayai akibat kemurungan selepas putus cinta dengan teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mangsa mengalami luka di dahi serta kaki dan kini dilaporkan dalam keadaan sedar serta stabil selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemurungan yang dialami mangsa. Mangsa dipercayai putus cinta dengan teman lelakinya yang juga pelajar di sekolah sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Iqbal berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
