Berita Berita
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
PUTRAJAYA 31 Okt. – Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan mekanisme perlesenan bagi permainan dalam talian sebagai langkah mengurangkan kemudaratan kepada pengguna bawah umur, khususnya kanak-kanak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan turut mempertimbangkan pelaksanaan proses pengesahan identiti supaya kanak-kanak tidak mudah mengakses platform permainan tanpa kawalan.
Jelasnya, pertimbangan itu adalah susulan pertemuan dengan pihak Roblox, setelah kebimbangan masyarakat meningkat berikutan beberapa insiden yang dikaitkan dengan permainan tersebut.
“Mereka (Roblox) memaklumkan bahawa mereka akan memulakan proses verifikasi menggunakan AI untuk mengesahkan umur bagi pemain tertentu.
“Pada waktu ini, termasuk Roblox dan platform lain, belum dikenakan sebarang rejim perlesenan, namun kerajaan sedang mempertimbangkan langkah terbaik, termasuk memastikan pengesahan identiti bagi menghadkan kanak-kanak daripada terdedah kepada kemudaratan dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Fahmi turut memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan teknikal bagi memahami sistem verifikasi yang dicadangkan Roblox.
Menurutnya lagi, Roblox mempunyai hampir 80 juta pengguna di seluruh dunia, dan jumlah pengguna di Malaysia juga adalah signifikan.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
