Berita Berita
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
SEPANG 1 Nov – Kebakaran hutan belukar yang berlaku di Salak Tinggi, di sini, berjaya dipadam sepenuhnya sekitar pukul 5.37 pagi tadi selepas hampir 13 jam operasi pemadaman dijalankan.
Menurut Ketua Zon 5 KLIA, Mohamad Issmanto Md. Pono, kebakaran membabitkan kawasan hutan seluas kira-kira lapan hektar berhampiran kawasan perumahan, namun tiada struktur bangunan atau mangsa terlibat dalam kejadian itu.
“Seramai 61 anggota terbabit dalam operasi pemadaman bermula jam 4.32 petang semalam, termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Dengkil, Cyberjaya dan KLIA.
“Pasukan bantuan lain turut serta, antaranya **Bomba Sukarela Delek Klang, Skuad Pantas serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Issmanto berkata, kebakaran pada awalnya melibatkan kawasan seluas 1.5 ekar, namun merebak pantas ke kawasan lain meliputi hampir 20 ekar akibat keadaan cuaca panas dan berangin.
Beliau menambah, operasi pemadaman berdepan cabaran apabila tiada laluan akses bagi jentera bomba ke kawasan terbakar, memaksa anggota menggunakan peralatan mudah alih serta kaedah manual bagi mengawal api.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
