TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang

By
|
Kongsi
image

IPOH 1 Nov - Seorang lelaki maut selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, dekat Chenderiang, petang semalam.

Mangsa dipercayai tergelincir ke kolam di kawasan tempat pemeriksaan 12 di bahagian paling atas lokasi air terjun, sebelum tidak sedarkan diri.

Rakan mangsa membantu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun tiada tindak balas sebelum menghubungi talian kecemasan.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya yang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.10 petang terpaksa mendaki kira-kira satu kilometer ke bahagian puncak air terjun untuk sampai lokasi.

"Mangsa dibawa turun dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

+ - reset