Berita Berita
Lelaki ditikam rakan sendiri depan rumah angkara dendam di Kuantan
KUANTAN 2 Nov – Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas ditikam di bahagian perut oleh kenalan sendiri dipercayai akibat dendam dalam kejadian di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang, di sini, pada Jumaat.
Insiden berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa, yang bekerja sebagai pekebun, berada di hadapan rumahnya sebelum didatangi suspek berusia 25 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa dan memanggilnya keluar sebelum berlakunya pertengkaran.
“Suspek dikatakan meminta mangsa mengikutnya dengan alasan ada rakan yang mahu berjumpa, namun mangsa enggan. Suspek kemudian secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dari belakang seluar dan menikam perut mangsa sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Akibat tikaman itu, mangsa mengalami luka di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dalam keadaan stabil.
Menurut Ashari, suspek yang tidak bekerja berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian oleh sepasukan anggota Balai Polis Jaya Gading.
“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada dendam apabila mangsa didakwa pernah membuat laporan polis berkaitan kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang oleh suspek,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi kira-kira 40 saat memaparkan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu tular di media sosial.
Video berkenaan menunjukkan kedua-dua individu berkenaan bertengkar di tepi jalan di sebuah kampung di daerah ini sebelum berlaku kekecohan.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 12:06 pm
Bekas penjaga gol Kelantan FA serah diri selepas disyaki tembak rakyat Malaysia di Sungai Golok
November 3, 2025, 12:01 pm
Kerajaan teliti semula pelaksanaan penyasaran subsidi bagi elak ketirisan
November 3, 2025, 11:57 am
Roblox janji tingkat keselamatan, sedia kerjasama dengan kerajaan – Hannah Yeoh
November 3, 2025, 11:19 am
Papagomo ditahan lagi bawah Akta Hasutan
November 3, 2025, 10:06 am
Doktor Malaysia menang tempat pertama di Pertandingan Reumatologi Dunia di AS
November 3, 2025, 9:38 am
Namewee ditahan di hotel, positif empat jenis dadah
November 3, 2025, 7:44 am
Jakim tegaskan istilah ‘Muslim Choice’ tidak diiktiraf dan boleh kelirukan pengguna
November 3, 2025, 7:43 am
Anwar hargai kesabaran, kemesraan rakyat sepanjang penganjuran ASEAN 2025
November 3, 2025, 7:35 am
