TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kajian pindaan atau pemansuhan Akta Hasutan perlu penelitian mendalam – Saifuddin Nasution

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Sebarang cadangan untuk meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta 15) memerlukan penelitian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan, termasuk agensi penguatkuasaan, badan kehakiman, akademia, pertubuhan masyarakat sivil serta orang awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian itu sentiasa meneliti dan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan, bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan semasa serta selaras dengan prinsip hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi menilai dan mengkaji pemakaian Akta 15 dalam konteks negara hari ini, dengan mengambil kira keseimbangan antara hak rakyat untuk bersuara serta keperluan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk dan ketenteraman awam,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan berhasrat meminda atau memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi menghapuskan undang-undang yang dianggap zalim dan lapuk.

+ - reset