Berita Berita
Lelaki maut dalam nahas kereta dan lori di JRTB Gerik
GERIK 6 Nov. – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan simen dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menghala ke Tasik Banding, awal pagi Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Anuar Ahmad, 39.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Accord dengan sebuah lori muatan simen jenis Volvo.
“Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta namun tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
“Ketua Operasi melaksanakan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 pagi.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
Pekerja kilang maut, kaki terputus dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Asajaya
November 6, 2025, 12:10 pm
Munoz puji disiplin dan semangat juang pemain selepas JDT tumbangkan Shanghai Shenhua 3-1
November 6, 2025, 12:05 pm
Lelaki ditahan halang penjawat awam bertugas di Terminal Bas BSI
November 6, 2025, 11:46 am
