Berita Santai
The Curve jadi lokasi Burger Festival 2025 hujung minggu ini
KUALA LUMPUR 7 Nov – The Curve, Mutiara Damansara bakal bertukar menjadi lokasi tumpuan peminat burger apabila Burger Festival 2025 berlangsung dari 7 hingga 9 November ini di The Street.
Festival anjuran the Curve itu bakal menghimpunkan pelbagai jenama terkenal termasuk Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please dan Ten KL. Turut serta barisan Burger Legends hasil kerjasama ieatBurgers by FriedChillies terdiri daripada Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar dan Burn Bite’s.
Festival selama tiga hari itu menawarkan pelbagai jenis burger, daripada burger bakar gaya jalanan hingga burger pastrami berinspirasi antarabangsa, dengan harga antara RM10 hingga RM40. Beberapa vendor turut menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus sepanjang acara.
Antara tarikan utama festival ialah tiga cabaran makanan terbuka kepada pengunjung, iaitu ‘Eat Like A King’ ditaja Richeese Factory, ‘The Great Burger Battle’ oleh Burger Bakar Besar serta ‘Burner Burger Challenge’ oleh Pak Nik Burger yang menguji tahap kepedasan peserta.
Selain itu, pelbagai aktiviti keluarga turut disediakan seperti bengkel Little Chef Clay Art Workshop, pertandingan Colour My Burger Contest serta aktiviti pentas untuk kanak-kanak.
Acara ini dijangka menarik pengunjung yang gemarkan makanan, muzik secara langsung dan suasana santai sama ada bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Info acara:
Tarikh: 7 – 9 November 2025
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: The Street, the Curve, Mutiara Damansara
Penganjur: the Curve
Kelolaan: AK Events
Maklumat lanjut boleh didapati melalui Instagram @thecurve_offical serta video vendor burger di @lovefoodfest.my dan @friedchillies.
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
