Berita Politik
Anwar arah jentera PKR Sabah turun padang, dekati rakyat, jelaskan isu tempatan
KOTA KINABALU 10 Nov - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon dan jentera parti di Sabah supaya turun ke lapangan bagi mendekati rakyat serta menjelaskan isu-isu semasa berkaitan negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Pesanan itu disampaikan Perdana Menteri dalam Majlis Amanat Presiden PKR yang berlangsung semalam, dengan kehadiran kepimpinan parti peringkat pusat dan negeri.
Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anwar menekankan pentingnya calon dan jentera PKR turun bertemu rakyat untuk menerangkan usaha kerajaan dalam menangani pelbagai isu tempatan.
“Dalam konteks ini, usaha dan ikhtiar antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah perlu diperkukuh bagi memastikan khidmat terbaik diberikan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.
Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata, Anwar turut menekankan keperluan jalinan kerjasama rapat antara jentera PKR Sabah dan jentera parti di peringkat pusat serta cabang di seluruh negara bagi memperkukuh persiapan menjelang PRN.
“Semua pimpinan parti digembleng untuk turun ke bawah bersama pimpinan cabang di Sabah. Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan negeri akan diagihkan untuk membantu kempen di sini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata amanat Presiden PKR turut menekankan pentingnya jentera dan calon melakukan persediaan rapi untuk menjelaskan isu-isu asas yang dihadapi masyarakat.
“Amanat beliau jelas iaitu jentera kena bersedia sepenuhnya untuk turun ke padang dan menerangkan isu-isu yang melatari masyarakat seperti air, jalan raya, pendidikan dan pembangunan ekonomi,” katanya.
Mustapha berkata, kempen PKR di Sabah juga akan menumpukan penerangan mengenai inisiatif Kerajaan MADANIdalam menyelesaikan isu tempatan yang membabitkan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.
Mengulas perkembangan terkini peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mustapha menyifatkan tindakan itu sebagai pramatang serta menegaskan masih terdapat ruang perbincangan mengenai tuntutan hasil 40 peratus Sabah.
“Keputusan sama ada merayu atau tidak keputusan Mahkamah Tinggi mengenai 40 peratus hasil Sabah belum lagi dibuat. Masih ada ruang perbincangan yang luas untuk kita teruskan perbincangan isu ini,” katanya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
