Berita Berita
1,000 penyokong PH hadir bukti sokongan di DUN Moyog, Ramanan iringi calon PKR ke proses penamaan
PENAMPANG 15 Nov - Suasana penuh semangat mengiringi proses penamaan calon Pilihan Raya Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog apabila hampir 1,000 jentera Pakatan Harapan (PH) hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Remysta Jimmy Taylor, pagi tadi.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Ramanan Ramakrishnan yang turut hadir bersama jentera PH berkata, sambutan luar biasa itu mencerminkan keyakinan warga Moyog terhadap kepimpinan stabil dan dasar pro-rakyat yang dibawa Kerajaan MADANI.
“Warga Moyog mahukan kesinambungan, kebersamaan dan hala tuju yang selari dengan aspirasi Sabah sebagai negeri yang berdaya saing dan bermaruah,” katanya.
Menurut Ramanan, sokongan kuat di peringkat akar umbi itu juga menunjukkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah.
“Setiap kali Perdana Menteri turun ke Sabah, beliau membawa komitmen dan dasar jelas untuk memperkukuh pembangunan negeri ini,” ujarnya.
Ramanan turut merakamkan penghargaan kepada penyokong semua parti komponen PH yang hadir memberi sokongan padu pada hari penamaan calon.
#HarapanUrangSabah #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
Berita berkaitan
December 8, 2025, 9:15 am
Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan
December 7, 2025, 8:35 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Sumbangan Cemerlang Pendidikan Kesihatan Asia
December 7, 2025, 6:34 pm
'Terima kasih orang baik' - Remaja 15 tahun hilang dua bulan ditemui selamat di Cheras
December 7, 2025, 5:42 pm
Budak 5 tahun lemas di kolam renang selepas majlis graduasi tabika KEMAS di Rembau
December 7, 2025, 4:06 pm
Gaduh mulut sampai acu pistol pada jiran, polis tahan lelaki di Laguna Merbok
December 7, 2025, 12:13 pm
Selayang ‘dikepung’, 7 agensi gempur koloni warga asing, 843 PATI ditahan
December 7, 2025, 11:15 am
Dua budak perempuan 5 tahun dari kampung sama hilang sejak semalam, operasi SAR besar-besaran dilancar
December 6, 2025, 10:54 pm
