Berita Berita
PGRS beri amaran pecat ahli bertanding sebagai calon Bebas pada PRN Sabah
KOTA KINABALU 15 Nov – Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menegaskan bahawa mana-mana ahlinya yang memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dipecat serta-merta.
Setiausaha Agung PGRS, Datuk Mohammad Razali Razi, berkata tindakan itu jelas bertentangan dengan pendirian parti sebagai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“PGRS menegaskan bahawa individu yang memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti atau kepimpinan PGRS, walaupun mereka adalah ahli berdaftar.
“Sehubungan itu, parti telah memutuskan untuk memecat serta-merta mana-mana ahli yang melanggar ketetapan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru semua penyokong dan jentera parti memperkukuh kesatuan serta memberi tumpuan penuh dalam menghadapi PRN Sabah 2025 bagi memastikan kemenangan calon GRS demi masa depan dan kepentingan rakyat Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 29 November, manakala undi awal pada 25 November.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 9:15 am
Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan
December 7, 2025, 8:35 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Sumbangan Cemerlang Pendidikan Kesihatan Asia
December 7, 2025, 6:34 pm
'Terima kasih orang baik' - Remaja 15 tahun hilang dua bulan ditemui selamat di Cheras
December 7, 2025, 5:42 pm
Budak 5 tahun lemas di kolam renang selepas majlis graduasi tabika KEMAS di Rembau
December 7, 2025, 4:06 pm
Gaduh mulut sampai acu pistol pada jiran, polis tahan lelaki di Laguna Merbok
December 7, 2025, 12:13 pm
Selayang ‘dikepung’, 7 agensi gempur koloni warga asing, 843 PATI ditahan
December 7, 2025, 11:15 am
Dua budak perempuan 5 tahun dari kampung sama hilang sejak semalam, operasi SAR besar-besaran dilancar
December 6, 2025, 10:54 pm
