Berita Berita
Khairy akan bantu kempen calon BN di PRN Sabah
KUALA LUMPUR 15 Nov - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Walaupun status kemasukan semulanya ke dalam Umno masih belum jelas, bekas Menteri Kesihatan itu memaklumkan beliau akan turun ke Sabah atas jemputan rakan-rakan seperjuangan dalam Pemuda Umno dan BN.
“Ya, saya akan turun (ke Sabah). Saya ada menerima jemputan dan permintaan daripada kawan-kawan lama yang pernah bersama saya dalam Pemuda dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Larian Keluarga Malaysia 2025 di sini hari ini.
Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri ke-sembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merasmikan program berkenaan.
Ditanya mengenai penyertaannya semula ke dalam Umno, Khairy memberi jawapan ringkas: “Belum lagi, saya pun belum menerima apa-apa (makluman).”
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal kembali menyertai Umno selepas dikatakan menerima ‘restu’ pimpinan tertinggi parti, khususnya Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Difahamkan, isyarat itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika Khairy menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman pada 26 Oktober lalu.
Menurut sumber, Khairy dijangka membantu kempen Umno dan BN dalam PRN Sabah memandangkan sebahagian calon yang diketengahkan adalah seusia dan pernah bergiat bersama dengannya dalam politik.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 1:51 pm
PRN Johor: "UMNO bukan parti anak beranak," Dr Akmal bidas Puad Zarkashi
June 25, 2026, 1:44 pm
PRN Johor: AMK bidas Rafizi Ramli, gesa pengundi muda tolak retorik Parti Bersama
June 25, 2026, 12:36 pm
Tuduh ganggu teman wanita: Pelajar 14 tahun ditendang rakan sekelas di padang bola
June 25, 2026, 12:32 pm
Isu "pintu belakang" universiti: Exco Kedah, Dr Haim Hilman didakwa di mahkamah
June 25, 2026, 11:56 am
Op Kesan dilanjut hingga 30 Jun, PERKESO beri peluang kedua kepada majikan
June 25, 2026, 11:47 am
