Berita Berita
PGIRM tegaskan hak pencarum mesti diproses secara telus, tanpa tapisan politik
KUALA LUMPUR 26 Nov - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu dalam pentadbiran kerajaan, khususnya berkaitan penyampaian suara pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kepimpinan tertinggi negara.
PGIRM menegaskan bahawa setiap suara pencarum mesti disampaikan secara telus, tanpa tapisan politik atau kelewatan yang menjejaskan hak rakyat.
Menurut PGIRM, pada 21 Ogos 2025, pertubuhan itu telah menyerahkan memorandum secara tangan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Shamsul Iskandar, di hadapan media. Beliau juga berjanji secara terbuka bahawa memorandum tersebut akan disampaikan terus kepada Perdana Menteri.
Namun sehingga kini, PGIRM mendakwa tiada maklum balas rasmi diterima, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan saluran pentadbiran dalam menyampaikan suara rakyat.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, pihaknya tidak menuntut layanan istimewa, sebaliknya hanya mahu suara pencarum sampai kepada kerajaan tanpa sebarang tapisan.
“PGIRM tidak pernah meminta layanan istimewa. Kami hanya meminta satu perkara — suara pencarum mesti sampai kepada kerajaan tanpa tapisan dan tanpa kelewatan. Janji telah dibuat secara terbuka bahawa memorandum itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, dan rakyat berhak mengetahui sejauh mana komitmen itu dipenuhi,” katanya.
Tambah beliau, perubahan individu dalam pentadbiran tidak seharusnya menjejaskan hak rakyat.
“Tidak kira siapa yang memegang jawatan, proses pentadbiran negara tidak boleh bergantung kepada individu. Hak rakyat mesti diproses secara profesional, telus dan bertanggungjawab,” katanya.
Dalam masa sama, PGIRM menasihatkan pencarum agar tidak terpengaruh dengan retorik ekstrem di media sosial. Walaupun memahami kekecewaan ramai, PGIRM menegaskan bahawa penyelesaian hanya boleh dicapai melalui pendekatan berprinsip, berfakta dan beradab.
PGIRM turut memaklumkan bahawa mereka sedang menyusun langkah susulan, termasuk mengemukakan permohonan semula melalui saluran pentadbiran yang diyakini bebas daripada tapisan politik. Fokus mereka kekal sama — memastikan suara pencarum yang terdesak mendapat perhatian serius daripada kerajaan.
“PGIRM akan terus berjuang secara bermaruah dan konsisten sehingga kerajaan memberi perhatian sewajarnya kepada tuntutan pencarum,” menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan
November 11, 2026, 10:09 pm
Anggota polis parah ditetak lelaki warga asing dengan parang ketika operasi di Kepong
November 11, 2026, 9:06 pm
Harga RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026, 6:05 pm
Kipas gergasi jatuh ketika solat di KLIA, ibu sakit kepala, anak trauma mahu tidur
November 11, 2026, 5:19 pm
Restoran 'nazak' kurang pekerja, kerajaan percepat pengambilan 15,000 pekerja asing
November 11, 2026, 5:09 pm
'Letak jawatan bukan sebab berprinsip, itu tanda protes” – Tok Mat kritik Anthony Loke
November 11, 2026, 2:16 pm
Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid
November 11, 2026, 2:07 pm
Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal
November 11, 2026, 2:03 pm
Kanak-kanak 9 tahun lemas disambar buaya di Pulau Banggi
November 11, 2026, 1:54 pm
Keluarga tak dibenar tinggal bersama, Rosmah di Pavilion — Nurulhidayah perinci aturan tahanan rumah Najib
November 11, 2026, 1:42 pm
