TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Agong ingatkan umat Islam berwaspada ancaman ajaran sesat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Nov – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan umat Islam di seluruh negara supaya sentiasa berwaspada terhadap penularan ajaran sesat yang semakin membimbangkan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka bertitah agar umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

“Seri Paduka Baginda bertitah penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang kini semakin membimbangkan terutama melalui media sosial.

“Seri Paduka Baginda turut menasihatkan supaya umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuhkan kefahaman serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali.

Dalam sesi menghadap tersebut, Yahya mempersembahkan usaha-usaha yang dilaksanakan JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor, termasuk pemantauan berterusan terhadap cubaan menyebarkan fahaman menyimpang oleh pihak tertentu, termasuk individu di luar negeri itu.

+ - reset