Berita Berita
Kerajaan sedia RM7 juta tampung perbelanjaan segera sepanjang Monsun Timur Laut
KUALA LUMPUR 27 Nov - Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menampung perbelanjaan segera untuk semua negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan koordinasi serta operasi tindak balas berjalan lancar sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata peruntukan itu disalurkan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), termasuk bagi pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang mula diberikan bermula musim MTL 2025–2026.
“Ini penting untuk mereka yang menjadi mangsa bencana... pembayaran BWI akan dibuat berdasarkan pendaftaran ketua isi rumah (KIR) melalui sistem MyInfo Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bayaran akan dibuat terus kepada KIR oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) selaku bank pembayar yang dilantik, dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup,” katanya ketika mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata demikian menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN–Padang Terap) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu ketika bencana banjir di seluruh negara.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:51 pm
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:49 pm
Anwar hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat Malaysia
November 27, 2025, 12:43 pm
PH tidak tamak bertanding kerusi PRN Sabah – Anwar
November 27, 2025, 12:32 pm
Pelajar tolak motosikal polis hingga terjatuh dikenakan tiga saman
November 27, 2025, 12:28 pm
Agong ingatkan umat Islam berwaspada ancaman ajaran sesat
November 27, 2025, 12:06 pm
HRD Awards 2025 iktiraf usaha pembangunan bakat Malaysia
November 27, 2025, 9:26 am
