Berita Berita
Restoran Arab terkenal di Bukit Bintang 'lumpuh', 101 pekerja asing ditahan imigresen
KUALA LUMPUR 10 Dis - Operasi sebuah restoran makanan Timur Tengah terkenal di Bukit Bintang terhenti apabila Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan seramai 101 pekerja asing dalam serbuan yang dijalankan malam semalam.
Serbuan kira-kira jam 11.10 malam itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan awam mengenai kehadiran warga asing yang disyaki bekerja tanpa dokumen atau pas sah di premis lima tingkat berkenaan. Seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai pengurus besar turut ditahan.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pemeriksaan mendapati 111 lelaki warga asing dan enam lelaki tempatan berada di premis ketika serbuan dijalankan.
“Hasil pemeriksaan, seramai 101 warga asing terdiri daripada 86 warga Bangladesh, 12 warga Syria dan dua warga Indonesia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen.
“Mereka berusia antara 21 hingga 40 tahun,” katanya.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati sebahagian pekerja mempunyai pas sah tetapi bukan untuk sektor restoran berkenaan, sebaliknya dikeluarkan bagi sektor pembinaan, runcit, pencucian, pelajar, kilang, lawatan sosial dan restoran lain.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) kerana menggaji pendatang asing tanpa izin,” katanya.
Operasi itu sekali gus mengekang aktiviti penggajian pekerja tanpa dokumen sah di kawasan tumpuan pelancong.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
