Berita Berita
Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit dibawa warga asing naik motosikal di Teluk Intan
TELUK INTAN 10 Mac – Seorang pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai berselisih rapat dengan seorang lelaki warga asing yang membawa sabit berhulu panjang dalam kejadian di Jalan Kampung Batu 4, Selabak di sini, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Adham Faisal, pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 dalam bidang Agroindustri Ternakan Poltri meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian leher.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, dalam kejadian itu, rakannya yang berusia 17 tahun turut cedera di tangan.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki terkena leher mangsa ketika motosikal mereka berada berhampiran antara satu sama lain. Ekoran kejadian itu, mangsa terjatuh motosikal dan disahkan maut di lokasi,” katanya di sini, semalam.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan. Turut dirampas sebilah sabit dan sebuah motosikal.
“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan esok bagi permohonan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Berita berkaitan
March 10, 2026, 10:39 am
Tiga kereta milik aktivis Cikgu Chandra dibakar
March 10, 2026, 10:34 am
DBKL guna kamera badan pantau bazar Ramadan, Syawal
March 10, 2026, 10:30 am
Anggota bomba sukarela ditemukan lemas di tasik Lahat Mines
March 10, 2026, 9:27 am
KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah dapat rehat 9 hari
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
