Berita Berita
KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah dapat rehat 9 hari
KUALA LUMPUR 10 Mac - Setiap kali musim perayaan, pengumuman cuti tambahan sentiasa dinanti guru, ibu bapa dan pelajar bagi membolehkan mereka merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal.
Menjelang Aidilfitri yang dijangka diraikan pada 21 Mac ini, menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan selama satu dan dua hari, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Berdasarkan kalendar akademik itu, Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).
Kumpulan B cuti tambahan dua hari
Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).
Lebih menggembirakan, cuti Aidilfitri ini turut bersekali dengan Cuti Penggal 1, sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.
Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.
Berita berkaitan
March 10, 2026, 10:39 am
Tiga kereta milik aktivis Cikgu Chandra dibakar
March 10, 2026, 10:34 am
DBKL guna kamera badan pantau bazar Ramadan, Syawal
March 10, 2026, 10:30 am
Anggota bomba sukarela ditemukan lemas di tasik Lahat Mines
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
