Berita Berita
Anwar puji SM Muhammad Idris, wajar diangkat ikon perjuangan sosial
KUALA LUMPUR 15 Dis - Perjuangan Allahyarham Haji SM Muhammad Idris sepanjang hayatnya wajar dijadikan teladan dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Allahyarham merupakan tokoh masyarakat yang konsisten dan berani menyuarakan isu-isu berkaitan kepentingan awam tanpa gentar, meskipun bermula daripada latar belakang yang sederhana.
Menurut Anwar, SM Muhammad Idris memainkan peranan penting sebagai pemimpin pelopor dalam pelbagai organisasi, termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dan telah mencurahkan khidmat bakti besar kepada masyarakat.
“Daripada isu pengguna hinggalah kepada pemeliharaan alam sekitar, pokok dan sumber semula jadi, Allahyarham memperjuangkan keadilan sosial dengan suara yang tegas dan berprinsip,” katanya.
Beliau menambah, suara Allahyarham sentiasa lantang dan berwibawa dalam setiap isu yang diperjuangkan, sekali gus meletakkan SM Muhammad Idris sebagai seorang tokoh kemanusiaan yang amat dihormati.
“Walaupun beliau telah tiada, semangat dan perjuangannya kekal relevan serta harus dijadikan contoh oleh semua pihak, termasuk pemimpin politik dan aktivis masyarakat,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan buku kenangan memperingati SM Muhammad Idris pada satu majlis di IAIS, Petaling Jaya.
Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kadir dan Pengerusi Amanah Pendidikan Islam, Datuk Seri Muhammad Iqbal Rawther.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 10:33 am
Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih berkuat kuasa - Exco
December 18, 2025, 9:42 am
Hannah mahu tumpu kurangkan insiden banjir di Wilayah Persekutuan
December 18, 2025, 9:25 am
JPJ nafi surat tular kelulusan nombor pendaftaran siri ‘EE’
December 18, 2025, 9:15 am
Dividen FELCRA 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan
December 18, 2025, 9:10 am
Anwar sifat kritikan bantuan Malaysia kepada Gaza tiada nilai kemanusiaan
December 17, 2025, 8:52 pm
Tinggal sekejap tepi jalan beli sarapan, suami isteri cemas anak dilarikan bersama kereta di PJ
December 17, 2025, 8:38 pm
Pengasuh dipenjara 5 tahun tendang paha bayi 11 bulan hingga patah
December 17, 2025, 7:21 pm
Lelaki parah ditetak dengan parang depan kedai serbaneka di Gombak
December 17, 2025, 7:00 pm
