TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cucu berusia 4 tahun maut, kereta dipandu datuk terbalik di Manjoi

By
|
Kongsi
image

IPOH 15 Dis -  Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini pada Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 10.05 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa kejadian sekitar jam 8.40 malam itu, mangsa bersama datuknya berusia 69 tahun dalam perjalanan pulang dari Meru ke Manjoi.

Bagaimanapun katanya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas itu hilang kawalan.

Tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas berusia 69 tahun hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

"Akibat dari kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera di muka dan tangan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, kemalangan turut menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri kereta kemek dan calar serta cermin hadapan pecah," katanya.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

+ - reset