Berita Berita
Anwar tegaskan tidak adil wujud persepsi negatif terhadap PDRM
KUALA LUMPUR 16 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah tidak adil sekiranya wujud persepsi negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika pasukan keselamatan itu menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai tugasan.
Beliau mengakui PDRM mempunyai beberapa kelemahan, namun pencapaian pasukan itu membuktikan tahap integriti yang tinggi, antaranya melalui nilai rampasan dan sitaan hampir RM4 bilion yang direkodkan sepanjang tahun ini.
“Tentunya ada beberapa kelemahan yang tidak boleh kita nafikan, tetapi untuk kita memberi gambaran yang negatif saya tidak fikir itu adil, khususnya terhadap PDRM.
“Dalam semua tindakan, PDRM telah menunjukkan keupayaan melalui proses integriti dengan memperoleh jumlah rampasan yang besar untuk negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.
Menurut Anwar, perbezaan persepsi masyarakat wujud walaupun tindakan tegas telah diambil terhadap penjenayah dan penyeludup.
“Maknanya tindakan mereka terhadap penjenayah dan penyeludup sudah diambil, tetapi persepsi itu masih berbeza,” katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota polis yang melakukan ketelanjuran dalam menjalankan tugas.
“Saya ingin jelaskan, sekiranya ada kes-kes melibatkan ketelanjuran tindakan oleh polis, siasatan rapi tetap dilakukan.
“Saya ambil contoh terkini kes kematian tiga penjenayah tegar di Melaka. Saya telah menerima jaminan daripada Ketua Polis Negara dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah bahawa siasatan dijalankan secara rapi dan telus tanpa sebarang tolak ansur,” katanya.
Anwar turut memaklumkan laporan berhubung kes berkenaan telah dikemukakan kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 4:46 pm
Jurukimpal dipenjara tiga tahun kendali wang kumpulan Daesh
December 16, 2025, 4:24 pm
Anak-anak SM Mohamed Idris bantah penglibatan Anwar dalam pelancaran buku
December 16, 2025, 4:17 pm
KKM haramkan vape 2026
December 16, 2025, 4:05 pm
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
December 16, 2025, 2:55 pm
FAM nafi semua Exco diminta letak jawatan
December 16, 2025, 2:37 pm
Malas, ibu bapa kurang pantau, 3,000 pelajar di Melaka ponteng sekolah setiap hari
December 16, 2025, 2:09 pm
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Januari 2026 - SPR
December 16, 2025, 1:19 pm
