TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat lelaki ditahan halang polis tangkap suspek kes dera pelajar Madrasah

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 16 Dis – Empat lelaki ditahan selepas didakwa menghalang pihak polis menjalankan tugas ketika menahan seorang suspek bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan pelajar madrasah yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, keempat-empat lelaki berusia antara 30 hingga 50-an dipercayai ahli keluarga pelajar yang menjadi mangsa penderaan menggunakan topi keledar dalam kejadian pada malam Ahad lalu.

“Kejadian berlaku di Telipok pada jam 6.45 petang Isnin ketika sepasukan pegawai polis sedang menahan seorang suspek bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati beberapa individu telah menghalang kenderaan polis, mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan berkenaan sehingga menjejaskan tugas polis. Pihak polis turut merampas sebatang besi golf yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan memohon reman ke atas semua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, menjalankan ujian saringan air kencing serta merakam percakapan saksi kejadian,” jelas Kasim.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bertindak mengikut emosi, bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. “Sebarang ketidakpuasan hati hendaklah disalurkan melalui saluran undang-undang yang betul,” tambahnya.

Kes ini susulan daripada tangkapan seorang lelaki sebelum ini berhubung video berdurasi hampir lima minit yang tular memaparkan sekumpulan remaja dipukul menggunakan topi keledar di sebuah premis madrasah di Kota Kinabalu.

+ - reset