Berita Dunia
Penerbangan Air India berpatah balik ke Delhi selepas enjin mati
NEW DELHI 22 Dis – Sebuah penerbangan Air India yang dijadualkan menuju ke Mumbai terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi pada pagi Isnin susulan masalah teknikal membabitkan enjin pesawat.
Menurut Kementerian Penerbangan Awam India, penerbangan AI-887 berlepas dari Delhi sebelum dikesan mengalami kegagalan teknikal apabila tekanan minyak pada salah satu enjin pesawat jatuh ke paras sifar.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kalangan penumpang dan kru.
Air India dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menyediakan pengaturan perjalanan alternatif kepada semua penumpang yang terjejas serta memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan lanjut.
Susulan kejadian itu, Kementerian Penerbangan Awam turut mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah teknikal berkenaan. – Agensi
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
