Berita Politik
Muafakat Nasional lebih lengkap jika Bersatu turut serta
KUALA LUMPUR 26 Dis - Usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) akan menjadi lebih lengkap sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dibawa bersama dalam gabungan politik berkenaan.
Pemerhati politik, Shahbudin Husin berkata, semua pihak termasuk Pas, UMNO dan Bersatu perlu melupakan perselisihan serta episod lama sekiranya benar-benar berhasrat menghidupkan semula MN.
Menurutnya, penyatuan tiga parti Melayu utama dalam satu wadah, disusuli kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu yang sederhana, tidak bersifat chauvinis dan boleh menerima MN, mampu menjamin keharmonian serta perpaduan negara dengan lebih kukuh.
Bagaimanapun, beliau menegaskan syarat awal dan paling utama untuk menghidupkan semula MN ialah UMNO perlu keluar daripada Kerajaan Perpaduan terlebih dahulu.
“Selaras dengan cadangan menghidupkan MN yang datang daripada Dr. Muhamad Akmal Saleh selaku pemimpin UMNO, maka langkah pertama itu seharusnya digerakkan tanpa berlengah.
“Dalam masa sama, Dr. Muhamad Akmal perlu terus menekan dan memainkan peranan lebih aktif agar UMNO tidak ragu-ragu untuk mengambil langkah berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, Dr. Muhamad Akmal mencadangkan agar MN dihidupkan semula dan Perikatan Nasional (PN) dibubarkan susulan konflik politik di Perlis, selain memaklumkan usaha memperkasakan MN telah dibangkitkan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Cadangan itu turut disambut Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menegaskan MN boleh dilancarkan segera sebaik sahaja UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, Shahbudin berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada pertengahan bulan depan merupakan medan terbaik untuk Pemuda UMNO mengetengahkan idea keluar daripada Kerajaan Perpaduan serta pembentukan semula MN.
Menurutnya, pentas PAU juga paling sesuai untuk memperlihatkan kebulatan pendirian perwakilan UMNO terhadap MN kepada umum.
Tambah beliau, maklum balas awal yang positif daripada beberapa pemimpin Pas memberi gambaran parti itu turut bersedia mengambil langkah sama sekiranya UMNO memulakannya terlebih dahulu.
“Sekiranya usaha menghidupkan MN menjadi kenyataan, tidak mustahil ada parti dalam kerajaan yang mula berasa terancam, malah mungkin gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
