Berita Politik
Ketua Pemuda PAS sifatkan Muhyiddin berjiwa besar lepaskan jawatan Pengerusi PN
KUALA LUMPUR 30 Dis – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai satu langkah berjiwa besar dan amat dihormati.
Beliau turut merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Muhyiddin atas segala jasa dan khidmat bakti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sepanjang memimpin PN dan negara.
Menurut Afnan Hamimi, sumbangan Muhyiddin khususnya dalam menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19 serta usaha memulihkan kehidupan rakyat sehingga kembali normal hari ini merupakan jasa besar yang tidak boleh dinafikan.
“Itu jasa yang amat besar kepada kita semua. Sejarah itu tidak boleh diubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa segala pandangan yang pernah disuarakan sebelum ini tidak sedikit pun mengurangkan rasa hormat dan sanjungannya terhadap Muhyiddin, yang lebih dikenali sebagai ‘Abah’.
Tambahnya, Muhyiddin merupakan tokoh yang lebih berusia dan berpengalaman, justeru beliau memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata sebelum ini yang menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri itu.
“Saya memohon maaf andai ada kata-kata yang menyebabkan Tan Sri rasa tidak senang atau tersinggung.
“Tiada langsung isu peribadi, melainkan hanya menyuarakan ketegasan demi kebaikan kita bersama dalam sebuah kapal,” katanya.
Afnan Hamimi turut menegaskan bahawa walaupun kepimpinan atau nakhoda bertukar, ‘kapal’ PN perlu terus belayar menempuh cabaran sehingga sampai ke destinasi.
“Mewakili seluruh jentera Pemuda PN dan Pemuda PAS, kami mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin.
“Jasamu akan kami kenang sampai akhir hayat,” katanya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
