TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sarah Nabihah hilang sejak Jumaat, polis minta bantuan orang ramai

By
|
Kongsi
image

SUBANG JAYA 30 Dis – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Sarah Nabihah Abdul Rahin, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan mengenai kehilangan remaja itu diterima pada jam 12.48 tengah malam Isnin. Sarah Nabihah dilaporkan kali terakhir dilihat di sebuah rumah di USJ 2/4, Subang Jaya.

Menurutnya, remaja terbabit mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, kulit cerah, hidung mancung, rambut panjang berwarna perang dan bibir tebal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sarah Nabihah diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 bagi membantu siasatan.

+ - reset