TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lalok ganja di Kuala Pilah

By
|
Kongsi
image

 

KUALA PILAH 31 Dis – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu individu yang didapati positif kanabis (ganja) di Kilometer 23, Jalan Seremban–Kuala Pilah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.10 malam itu melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 23 tahun dan motosikal Honda yang ditunggang mangsa berusia 28 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kereta dari arah Seremban hendak menghala ke Felda Keratong. Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah hilang kawalan dan masuk ke laluan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk proses bedah siasat pagi ini.

“Hasil saringan awal air kencing ke atas pemandu kereta juga mendapati pemandu kereta postif dadah jenis THC (cannabis). Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, manakala bahagian narkotik pula membuka siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. 

+ - reset