Berita Berita
Annuar Musa gesa MT PN bersidang segera laksana peralihan kepimpinan
KUALA LUMPUR 31 Dis – Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya segera memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) bagi melaksanakan proses peralihan kepimpinan selaras dengan peruntukan Perlembagaan gabungan itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut wajar dilakukan sebaik Muhyiddin kembali ke tanah air bagi membolehkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PN diluluskan secara rasmi serta memberi laluan kepada pelantikan kepimpinan baharu.
Menurut beliau, dari sudut perlembagaan, kedudukan Muhyiddin sebagai pengerusi masih belum dimuktamadkan meskipun beliau telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.
“Itu hanyalah kenyataan hasrat. Dari segi peraturan, ia belum berkuat kuasa kerana perletakan jawatan tertakluk kepada Perkara 8.3(1)(b) Perlembagaan PN.
“Perkara itu menyebut bahawa sekiranya pengerusi meletak jawatan, perletakan tersebut hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi yang seterusnya akan memilih seorang pengerusi baharu secepat mungkin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut merujuk Perkara 7A(1) Perlembagaan PN yang memperuntukkan penubuhan Majlis Presiden bagi membincangkan perkara-perkara besar berkaitan gabungan berkenaan.
“Maka adalah wajar Majlis Presiden terlebih dahulu bersidang untuk mencapai kata sepakat mengenai hala tuju PN itu sendiri.
“Semua proses yang termaktub dalam Perlembagaan ini wajib dipatuhi,” katanya.
Pada Selasa lalu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari, diikuti beberapa pimpinan negeri termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Pengerusi PN Selangor dan Setiausaha Agung PN.
Setakat ini, beberapa Pengerusi PN negeri turut mengambil langkah sama, antaranya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak), Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).
Berita berkaitan
December 31, 2025, 2:43 pm
Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid
December 31, 2025, 2:30 pm
Tukang rumah maut motosikal langgar lori buat pusingan U di Jalan Lintas
December 31, 2025, 2:01 pm
Agong terima menghadap Ketua Polis Negara, dibentang taklimat keselamatan
December 31, 2025, 1:41 pm
Tiada unsur pengkhianatan Bersatu dalam krisis MB Perlis, kata pemimpin Pas
December 31, 2025, 1:33 pm
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecat rumah
December 31, 2025, 1:26 pm
DBKL giat kerja pembersihan, persiapan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Festival ‘I LITE U’
December 31, 2025, 1:12 pm
Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab
December 31, 2025, 1:08 pm
Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB
December 31, 2025, 1:01 pm
Tahun baharu 2026 lembaran penting perkukuh semangat Malaysia MADANI – Ramanan
December 31, 2025, 12:56 pm
