Berita Dunia
Trump dakwa Venezuela kini 'tanggungjawab' AS, akui berurusan kepimpinan baharu
WASHINGTON 4 Jan - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Ahad mencetuskan kontroversi apabila menyatakan bahawa AS memikul tanggungjawab terhadap situasi di Venezuela susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro, sambil mengesahkan Washington kini berurusan dengan kepimpinan sementara baharu di Caracas.
Trump berkata, pihaknya kini berhubung dengan pemimpin yang baru mengangkat sumpah bagi menerajui pentadbiran Venezuela.
"Kami berurusan dengan orang yang baru sahaja mengangkat sumpah.
"Jangan tanya saya siapa yang bertanggungjawab kerana saya akan memberikan anda jawapan dan ia akan menjadi sangat kontroversi," kata Trump kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One apabila ditanya sama ada beliau sudah bercakap dengan pemimpin sementara Venezuela, Delcy Rodriguez.
Apabila ditekan lanjut mengenai maksud kenyataannya itu, Trump menjawab ringkas.
"Ini bermakna kami yang bertanggungjawab."
Kenyataan itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai peranan sebenar Amerika Syarikat dalam perkembangan politik terkini Venezuela serta hubungan Washington dengan kepimpinan sementara negara Amerika Latin itu.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
July 28, 2026, 3:47 pm
Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di 'food fest'
July 27, 2026, 8:05 pm
'Tak sangka jadi macam ini', aisbeg gergasi terbalik depan mata
July 27, 2026, 11:15 am
Rupiah susut teruk akibat konflik Asia Barat, Gabenor Bank Indonesia letak jawatan lebih awal
July 26, 2026, 8:12 pm
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Berlin
July 26, 2026, 4:15 pm
Trump arah tentera AS tangguh serangan ke atas Iran
July 26, 2026, 1:03 pm
