Berita Dunia
Rupiah susut teruk akibat konflik Asia Barat, Gabenor Bank Indonesia letak jawatan lebih awal
JAKARTA 27 Julai – Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo meletakkan jawatan lebih awal ketika negara berkenaan bergelut dengan kemerosotan nilai mata wang rupiah serta cabaran ekonomi ekoran krisis perang di Asia Barat.
Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi mengesahkan bahawa Presiden Prabowo Subianto telah menerima peletakan jawatan Perry yang mengemukakan surat peletakan jawatan atas alasan peribadi pada 25 Julai lalu, walaupun penggal kedua beliau sepatutnya berakhir pada 2028.
"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Perry dan penghargaan tertinggi atas dedikasinya selama tujuh tahun menerajui Bank Indonesia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Susulan peletakan jawatan berkenaan, Timbalan Gabenor Kanan bank pusat tersebut, Destry Damayanti dilantik sebagai gabenor interim bagi memangku jawatan terbabit.
Mata wang rupiah terjejas teruk berikutan lonjakan kos tenaga yang berpunca daripada konflik di Asia Barat, sekali gus mencatatkan prestasi paling buruk di Asia dengan penurunan kira-kira tujuh peratus sejak krisis bermula.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
