Berita Dunia
'Tak sangka jadi macam ini', aisbeg gergasi terbalik depan mata
KUALA LUMPUR 27 JULAI - Sebuah aisbeg bersaiz gergasi secara tiba-tiba terbalik dengan hentaman kuat di perairan Ilulissat, Greenland, berhampiran kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Ilulissat Icefjord.
Kejadian luar biasa yang sempat dirakam itu memaparkan bongkah ais raksasa terbalik di lautan, lalu menghasilkan gelombang air yang deras dan mencemaskan.
Impak pusingan yang sangat kuat itu turut menampakkan bahagian bawah aisbeg yang kasar sebaik sahaja ia dihempas ombak.
Rakaman berkenaan juga memperlihatkan deretan rumah penduduk di bahagian hadapan ketika aisbeg itu timbul di lautan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Video tular itu mencetuskan pelbagai reaksi, rasa kagum dan cemas dalam kalangan pengguna media sosial.
Seorang pengguna media sosial menulis bahawa situasi itu mengagumkan kerana menggambarkan betapa dalamnya perairan tersebut hingga membolehkan aisberg terbalik berdekatan pesisir pantai.
Secara fizikalnya, sebahagian besar bongkah aisbeg sentiasa berada di bawah permukaan laut.
Namun begitu, kejadian terbalik itu menunjukkan bahawa aisbeg tersebut berkemungkinan besar telah patah di bahagian tengah atau mengalami pencairan yang ketara sehingga hilang keseimbangan.
Fenomena itu turut berkait rapat dengan peningkatan suhu air lautan yang drastik tahun ini, terutamanya di Lautan Pasifik akibat fenomena El Nino yang diramal antara yang terburuk dalam tempoh 150 tahun.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
