Berita Dunia
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Berlin
KUALA LUMPUR 26 JULAI - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden serangan ketika sambutan Christopher Street Day di Berlin, Jerman, semalam.
Kedutaan Besar Malaysia di Berlin dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang memantau perkembangan susulan serangan tragis yang berlaku ketika sambutan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, setakat ini seorang mangsa dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 16 lagi cedera.
“Buat masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden berkenaan.
“Ingatan dan doa kami bersama semua mangsa, ahli keluarga mereka serta setiap individu yang terkesan akibat tragedi ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui e-mel mwberlin@kln.gov.my atau talian +49 (0)30 885749-0.
Terdahulu, sebuah kenderaan merempuh orang ramai di kawasan Tiergarten, Berlin menyebabkan penganjur membatalkan acara Christopher Street Day.
Polis melancarkan operasi bagi mengesan suspek.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
