Berita Dunia
Trump arah tentera AS tangguh serangan ke atas Iran
WASHINGTON 26 JULAI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan mengarahkan tentera negara itu menangguhkan rancangan serangan ke atas Iran selepas 13 hari berturut-turut melancarkan operasi ketenteraan, menurut laporan media AS.
The New York Times dan Axios melaporkan keputusan itu dibuat susulan kebimbangan bahawa peningkatan konflik berisiko menjejaskan stok peluru berpandu pemintas Patriot serta bekalan peluru pertahanan udara lain milik Pentagon di Asia Barat.
Memetik pegawai pentadbiran Trump, The New York Times melaporkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang dihadiri Trump bersama penasihat kanan serta anggota kanan kabinetnya pada Jumaat.
Sementara itu, Axios, yang memetik dua sumber yang mengetahui perkara berkenaan, berkata masih belum dapat dipastikan sama ada arahan menghentikan serangan itu hanya bersifat sementara atau akan diteruskan dalam tempoh lebih panjang.
Menurut laporan itu, keputusan Trump mencerminkan kesediaannya memberi lebih ruang kepada usaha diplomasi, selain mengakui bahawa tahap serangan semasa AS telah mencapai had keberkesanannya, selagi operasi ketenteraan berskala besar tidak disambung semula.
Bagaimanapun, sumber berkenaan memaklumkan tentera AS masih menyediakan pelan sebagai langkah persediaan sekiranya operasi tempur berskala besar perlu dilancarkan semula.
Setakat ini, White House belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan tersebut.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
