Berita Jenayah
Jurulatih bola sepak ditahan disyaki cabul dan liwat remaja 15 tahun di Kota Tinggi
KOTA TINGGI 13 Jan – Polis menahan seorang jurulatih bola sepak kerana disyaki mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Kampung Gembut, Tanjung Sedeli, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek berusia 50-an ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Jumaat lalu.
“Suspek merupakan jiran mangsa dan laporan polis dibuat oleh mangsa sendiri. Kejadian berlaku pada 8 Januari lalu di pondok belakang rumah suspek dan merupakan kejadian pertama seumpamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Yusof, suspek yang merupakan jurulatih bola sepak bertauliah ditahan untuk membantu siasatan. Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Suspek ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, manakala pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan pertuduhan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.
“Suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh dikenakan sebat bagi kesalahan tersebut,” tambah beliau.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
