Berita Jenayah
Pasangan suami isteri ditemukan maut di rumah, polis siasat kemungkinan bunuh
SRI AMAN 14 Jan – Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di sini pada Rabu, selepas mayat mereka ditemui oleh anak sendiri.
Menurut maklumat yang tular, mangsa lelaki merupakan seorang guru manakala isterinya bertugas sebagai jururawat. Kedua-dua mayat ditemukan di dalam bilik tidur ketika anak mereka sedang bersiap untuk ke sekolah pada waktu pagi.
Penemuan itu dikaitkan dengan kemungkinan kejadian bunuh, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung punca kematian mangsa.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam mengesahkan penemuan mayat berkenaan, namun memaklumkan bahawa kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak.
“Untuk makluman, Datuk Pesuruhjaya Polis Sarawak akan mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan kes bunuh di Sri Aman pada 14 Januari 2026,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerusi hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang guru besar di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, Cikgu Andy Roy Anak Junran, yang meninggal dunia pada hari yang sama.
“Jabatan ini kehilangan seorang pemimpin sekolah yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah bagi meningkatkan serta memartabatkan pendidikan negara.
“Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan serta ketabahan. Semoga dipermudahkan segala urusan,” menurut hantaran tersebut.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
