Berita Jenayah
Bedah siasat sahkan pasangan suami isteri di Sri Aman mati akibat luka tikaman
KUCHING 16 Jan – Hasil bedah siasat ke atas pasangan suami isteri yang ditemukan maut di Taman Mutiara, Sri Aman, pada Rabu lalu mengesahkan punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan daripada luka tikaman.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat dijalankan pada Khamis di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak oleh pakar patologi.
Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati mangsa lelaki mengalami 11 kecederaan akibat objek tajam pada bahagian leher dan dada, manakala mangsa wanita pula mengalami luka tikaman di bahagian leher.
“Punca kematian mangsa lelaki disahkan akibat kecederaan pada leher dan dada akibat luka tikaman, sementara punca kematian mangsa perempuan disebabkan kecederaan pada leher akibat luka tikaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohamad Zainal berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan seramai 21 saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran serta rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dikenal pasti sepenuhnya. Siasatan dijalankan secara menyeluruh, profesional dan telus berdasarkan bukti forensik serta keterangan saksi,” jelasnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menghormati privasi keluarga mangsa.
Terdahulu, mangsa lelaki berusia 45 tahun dan isterinya, 44 tahun ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka pada awal pagi Rabu dalam keadaan mengalami kecederaan serius.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, mangsa lelaki, Andy Roy Anak Junran, merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sebangki, manakala isterinya, Angelin Kibin, bertugas sebagai jururawat di Hospital Sri Aman.
Pasangan berkenaan meninggalkan tiga orang anak masing-masing berusia sembilan, 16 dan 17 tahun.
Berita berkaitan
March 2, 2026, 2:44 pm
'Pak guard' mengaku salah amang seksual, rogol dan liwat anak kandung usia 6 tahun
February 27, 2026, 11:16 am
Polis siasat dakwaan individu berpengaruh cuba sabotaj kestabilan negara
February 26, 2026, 5:21 pm
Polis buru suspek curi motosikal di Residensi Adelia, Bangi
February 24, 2026, 12:28 pm
Lima lelaki ditahan kes rusuh bersenjata di PPR Pinggiran Bukit Jalil
February 24, 2026, 9:11 am
Wanita dakwa dicabul rakan serumah di Sentul
February 19, 2026, 2:25 pm
Lelaki menyamar wanita pecah masuk rumah sewa pelajar di Seksyen 7
February 19, 2026, 2:15 pm
Sindiket edar syabu RM1.56 juta tumpas di Lebuh Raya Utara–Selatan
February 11, 2026, 11:45 am
Aktiviti curi bateri kereta di Sentul terbongkar, suspek ditahan polis
February 10, 2026, 9:21 pm
Lelaki curi pakaian dalam sejak sebulan lalu ditahan polis
February 2, 2026, 2:21 pm
