Berita Berita
Larangan kenderaan berat empat hari sempena Aidilfitri
PUTRAJAYA 11 Mac – Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya selama empat hari sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (Road Ban) itu akan dilaksanakan pada 19 dan 20 Mac sebelum Aidilfitri serta pada 28 dan 29 Mac selepas perayaan tersebut.
Menurutnya, langkah berkenaan diambil berikutan peningkatan ketara jumlah kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman sepanjang musim perayaan.
“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.
“Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac serta 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MOT 2026 di Putrajaya hari ini.
Anthony berkata, JPJ juga akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi.
Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya mengutamakan penggunaan pengangkutan awam.
Menurutnya, pemandu kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
