Berita Berita
Nuh Travel urus tiket dan penginapan keluarga Allahyarhamah Nadia Kesuma di Jeddah
KUALA LUMPUR 18 Jan – Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. (Nuh Travel) akan menguruskan tiket penerbangan serta penginapan untuk suami dan anak perempuan Allahyarhamah Nadia Kesuma sepanjang mereka berada di Jeddah, Arab Saudi.
Menurut syarikat itu, pihaknya kini dalam proses mendapatkan tiket penerbangan pada hari ini selain menyediakan wakil syarikat bagi membantu ahli keluarga pelakon berkenaan sepanjang urusan di negara tersebut.
“Wakil syarikat bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak muassasah akan menyambut ketibaan mereka serta menguruskan keperluan logistik di sana.
“Kami juga bekerjasama dengan wakil Kedutaan Malaysia bagi mendapatkan beberapa dokumen penting bagi melengkapkan proses dan prosedur pengebumian Allahyarhamah Nadia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, kehilangan Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, terungkai apabila beliau disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di platform Threads yang memaklumkan punca kematian ibunya.
Allahyarhamah Nadia, atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan antara 21 jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris anjuran sebuah agensi pelancongan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
