Berita Berita
Dua maut rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri
KUCHING 18 Jan – Dua individu ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kuarters pekerja di Miri, Sarawak, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita, namun identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.
Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah kuarters kayu berkembar setingkat dua pintu yang musnah sepenuhnya, dan dua mangsa ditemui dalam keadaan rentung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta mengesahkan identiti kedua-dua mangsa yang terlibat.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 4:45 pm
Berebut kawasan sekuriti tapak perumahan punca pegaduhan dalam Balai Polis Meru
March 5, 2026, 1:45 pm
Lelaki warga asing ditahan polis bantuan KTMB, disyaki cuba curi kabel landasan di Klang
March 5, 2026, 1:12 pm
Suspek gaduh di Balai Polis Meru milik rekod jenayah cubaan bunuh, dikehendaki bawah Poca
March 5, 2026, 1:02 pm
Isu penyatuan parti Melayu: Wan Saiful dakwa Muhyiddin Yassin jadi penghalang permuafakatan
March 5, 2026, 12:31 pm
Nahas Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak: Seorang warga Iraq maut, tiga warga Yemen cedera ringan
March 5, 2026, 12:20 pm
