Berita Berita
Samun awal pagi: Remaja kejar suspek hingga motosikal terbabas
JOHOR BAHRU 18 Jan – Seorang remaja lelaki bersama teman wanitanya menjadi mangsa samun di Bandar Jaya Putera di sini sebelum bertindak mengejar suspek, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 18 tahun membuat laporan polis kira-kira jam 4.45 pagi pada hari kejadian.
Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi ketika mangsa yang bekerja sebagai pelayan bersama teman wanitanya berusia 19 tahun berada di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan sunyi.
“Dua suspek menaiki motosikal berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran telah menghampiri mangsa, meminta kad pengenalan dan mengugut menggunakan objek menyerupai alat renjatan elektrik atau taser,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raub berkata, suspek kemudian melarikan dua unit telefon bimbit jenis iPhone serta sebuah dompet mengandungi dokumen peribadi dan kad bank, dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM7,000.
Tambahnya, mangsa bertindak mengejar suspek sebelum motosikal ditunggang suspek terbabas selepas dilanggar kereta yang dipandu mangsa ketika suspek cuba membuat pusingan U, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.
Terdahulu, tular rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan sebuah motosikal dipandu laju sebelum dirempuh sebuah kereta sehingga terbabas, dipercayai berkaitan kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
