Berita Berita
'Jika itu menyinggung DAP...' - Ahmad Zahid tarik balik kenyataan ada dua kem dalam DAP
KUALA LUMPUR 18 Jan - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang dilihat seolah-olah menggambarkan kewujudan dua kem dalam DAP, sekiranya ia menyinggung perasaan parti berkenaan.
Ahmad Zahid berkata, kenyataan yang dibuat dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, semalam, bertujuan memperjelaskan situasi wujudnya perbezaan pandangan dalam kalangan segelintir kecil kepimpinan DAP, dan bukannya pendirian rasmi parti itu.
"Saya telah membaca respons daripada yang berhormat Saudara Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP yang mengatakan tidak ada team A dan team B dalam DAP.
"Saya turut bersetuju dengan beliau, malah maksud saya di dalam ucapan penangguhan PAU 2025 adalah cuma untuk memperjelaskan bahawa terdapat kenyataan-kenyataan bercanggah daripada segelintir kecil kepimpinan DAP terhadap apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh.
"Maka diperjelaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan itu bukan-bukan asas kepada keputusan rasmi parti tetapi dibangkitkan oleh mereka yang merupakan satu kumpulan kecil terhadap apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia," katanya.
Beliau berkata, perkara itu turut diperjelaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, bahawa pandangan segelintir pihak yang berbeza pendapat tidak wajar dianggap sebagai pendirian rasmi DAP.
"Jadi itu cuma suatu gambaran, bukan satu keabsahan kewujudan tim di dalam DAP. Jika itu menyinggung DAP, saya menarik balik apa yang saya sebutkan itu, tetapi tidak langsung menjadi maksud kepada saya untuk menggambarkan bahawa terdapat atau wujud dua kem dalam parti berkenaan.
"Cuma mungkin terdapat perbezaan pendapat yang kecil dan ini disebutkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Seri Johari Ghani dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Haji Muhammad Haji Hassan bahawa kita tidak seharusnya mengambil pandangan daripada kumpulan yang berbeza pendapat dengan kepimpinan utama DAP terutama apabila ia bukan merupakan pendirian daripada parti itu atau pendirian rasmi daripada parti itu. Jadi harapkan ini dapat difahami," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan dakwaan kononnya wujud ‘team B’ dalam parti itu.
Loke menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid sebagai tidak berasas dan menegaskan bahawa DAP tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.
Ahmad Zahid sebelum ini dalam ucapan penangguhan PAU 2025 mendakwa kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh pihak tertentu dalam DAP bukan datang daripada kepimpinan utama parti, sebaliknya daripada kumpulan yang disifatkannya sebagai ‘team B’.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 11:45 am
Samun awal pagi: Remaja kejar suspek hingga motosikal terbabas
January 18, 2026, 11:33 am
Dua maut rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri
January 18, 2026, 11:28 am
Bapa saudara ditahan pukul anak buah guna rotan, baling kerusi
January 18, 2026, 11:24 am
Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 simbol solidariti tuntut keadilan
January 18, 2026, 11:18 am
Nuh Travel urus tiket dan penginapan keluarga Allahyarhamah Nadia Kesuma di Jeddah
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
