Berita Berita
'Kita mesti 'move on''- Saifuddin minta orang ramai henti ugut keluarga bekas wartawan FMT
KUALA LUMPUR 19 Jan - Kerajaan mengingatkan orang ramai supaya menjaga batas dalam menyuarakan pandangan di media sosial, khususnya dengan tidak melakukan sebarang ugutan terhadap ahli keluarga bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan melampaui batas, apatah lagi ketika proses undang-undang sedang berjalan.
"Kita beri ingatan pada orang ramai supaya tidak berlebih-lebihan apalagi menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan ugutan dan sebagainya.
"Kita mesti 'move on' daripada peristiwa yang berlaku, itu harapan kita semua.
"Sebab melontarkan kata-kata ugutan tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Restoran Smith & Wollensky Kuala Lumpur, di sini.
Sebelum ini, media melaporkan Rex Tan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tengah malam tadi susulan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Ia berkaitan penularan rakaman video yang memaparkan Tan mengemukakan soalan kepada ahli politik United Kingdom (UK), George Galloway, dalam wacana terbuka bertajuk Gaza: Expose The Complicity of International Actors.
Dalam perkembangan berkaitan keselamatan awam, Saifuddin Nasution menyatakan keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memainkan peranan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
"Kuala Lumpur khususnya menjadi antara satu kota tumpuan pelancong dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Justeru, di peringkat Kementerian Dalam Negeri tentunya perspektif keselamatan antara perkara yang dilihat.
"Apabila restoran berjenama antarabangsa ini memilih kota metropolitan Kuala Lumpur, ia sekali gus memberikan satu lagi pilihan kepada bukan saja rakyat Malaysia tapi juga pelancong luar," katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
