Berita Berita
Feri percuma dua hari sempena sambutan Thaipusam
GEORGE TOWN 23 Jan - Penumpang warganegara Malaysia boleh menikmati perkhidmatan feri percuma selama dua hari pada 31 Januari dan 1 Februari ini sempena sambutan perayaan Thaipusam.
Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan dua hala dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town dan sebaliknya, dengan lanjutan operasi perkhidmatan sehingga jam 3 pagi pada 2 Februari.
Menurut beliau, perkhidmatan feri akan beroperasi dari jam 12 tengah malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari dan 1 Februari, manakala pada 2 Februari operasi diteruskan dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta merujuk jadual feri terkini melalui laman sesawang dan media sosial rasmi SPPP serta PPSB,” katanya dalam kenyataan.
Soon Hin berkata, pelaksanaan perkhidmatan feri percuma itu mencerminkan komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan pergerakan rakyat Malaysia, khususnya sepanjang musim perayaan.
“Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien.
“Melalui tawaran ini, pengguna dapat menikmati penjimatan tambang sehala sebanyak RM2 bagi penumpang pejalan kaki dan RM2.50 bagi kenderaan dua roda,” katanya.
Mengulas statistik penggunaan feri, beliau berkata seramai 25,670 penumpang pejalan kaki dan 7,993 kenderaan dua roda direkodkan menggunakan perkhidmatan feri dua hala sempena Thaipusam tahun lalu dalam tempoh tiga hari, iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari.
Menurutnya, jumlah itu menyumbang kepada keseluruhan penggunaan feri sepanjang tahun lalu yang merekodkan 3.13 juta penumpang pejalan kaki dan 784,065 kenderaan dua roda.
“Selain itu, sempena inisiatif feri percuma Thaipusam serta sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan SPPP tahun ini, SPPP turut menaja program kemasyarakatan menerusi kempen ‘Kids Go Free | Thaipusam Special’ di Muzium Feri Pulau Pinang.
“Program ini membolehkan kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah menikmati kemasukan percuma ke Muzium Feri Pulau Pinang sepanjang tempoh perayaan dari 31 Januari hingga 2 Februari,” katanya.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
March 13, 2026, 12:14 pm
Lepaskan ikan bandaraya ke sungai secara sengaja hukumnya haram
March 13, 2026, 12:06 pm
Amanah dakwa PAS utamakan kepentingan politik sendiri
March 13, 2026, 12:01 pm
Malaysia kecam tindakan Israel tutup Masjid al-Aqsa
March 13, 2026, 11:51 am
