Berita Berita
'Saya nak tengok apa dia boleh buat' - Wan Saiful cabar Adam Adli pastikan PTPTN tak jadi 'paling bangsat' dalam sejarah
KUALA LUMPUR 23 Jan - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mencabar Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim supaya membuktikan keupayaannya sebagai sebahagian daripada kerajaan, khususnya dalam mengurus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Wan Saiful yang juga bekas pengerusi PTPTN membangkitkan kenyataan Adam pada 2019 yang menyifatkan institusi itu sebagai “badan paling bangsat dalam negara”.
“Satu benda yang saya duduk terfikir mengenai pelan pendidikan yang baru dibentangkan ini, apa yang nak dibuat dengan PTPTN sebagai salah satu agensi dalam Kementerian Pengajian Tinggi.
“Dulu, individu yang menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sekarang, pernah mengatakan saya menjadikan PTPTN itu paling bangsat dalam sejarah.
“Sekarang saya nak tengok apa yang dia boleh buat untuk memastikan PTPTN tak jadi paling bangsat dalam sejarah,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam kenyataan yang dibuat pada 17 Mei 2019, Adam mengecam cadangan Wan Saiful agar PTPTN memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Adam yang ketika itu merupakan aktivis pelajar mendakwa cadangan berkenaan bercanggah dengan aspirasi Pakatan Harapan (PH).
"Dia ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan bercanggah dengan kerajaan…Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara," katanya.
Menteri Pendidikan pada ketika itu, Maszlee Malik, bagaimanapun menjelaskan cadangan berkenaan bukan keputusan rasmi PTPTN, sebaliknya dikemukakan dalam rundingan awam bagi mendapatkan pandangan orang ramai.
Susulan itu, Wan Saiful menarik balik penggunaan perkataan berkenaan selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan Peraturan 36(4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat berhubung larangan penggunaan bahasa kurang sopan, lucah, seksis atau tuduhan jahat.
“Okay, kalau saya cuma ubah perkataan (bangsat) boleh?
“Saya nak pastikan dan saya nak tengok, bolehkah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Adam Adli) tidak menjadi seperti mana dia panggil saya sebelum ini,” katanya lagi.
Berita berkaitan
March 15, 2026, 2:05 pm
Dua mat rempit buat aksi ‘Superman’ dicekup
March 15, 2026, 1:55 pm
Empat lelaki disyaki curi kabel MRT ditahan
March 15, 2026, 1:19 pm
Kerajaan sedia hadapi kesan krisis Asia Barat
March 15, 2026, 1:12 pm
Anwar umum cuti tambahan Aidilfitri
March 15, 2026, 12:58 pm
Perak teruskan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Indera Mulia
March 15, 2026, 11:57 am
Kos hidup makin menekan, kerajaan digesa benarkan pengeluaran KWSP bersasar
March 15, 2026, 10:09 am
MPAJ tunda 1,139 kenderaan terbiar sepanjang tahun lalu
March 14, 2026, 10:59 pm
WFH: KPM teliti pelaksanaan PdPR
March 14, 2026, 7:14 pm
Mulut berdarah dan muka bengkak, guru besar ditahan disyaki pukul murid Tahun Satu di JB
March 14, 2026, 4:46 pm
