TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jerebu: Jemaah masjid, surau di Selangor dinasihat pakai pelitup muka

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 26 Ogos – Umat Islam khususnya jemaah masjid dan surau di kawasan yang terjejas jerebu di Selangor disaran memakai pelitup muka serta memperbanyakkan minum air suam bagi melindungi kesihatan diri.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah berkata, langkah pencegahan itu penting susulan penurunan kualiti udara yang mencatatkan bacaan kurang baik di beberapa kawasan di negeri berkenaan.

"Antara langkah yang boleh diambil ialah memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah, di dalam masjid atau surau dan banyakkan meminum air suam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta pihak pengurusan masjid dan surau memberi perhatian terhadap jemaah berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Tambah Fahmi, individu yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau kurang sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan segera mendapatkan rawatan perubatan, manakala aktiviti pengimarahan masjid dan surau tetap diteruskan dengan mematuhi langkah pencegahan bersesuaian.

+ - reset