Berita Berita
Pelajar tahfiz cedera dipukul rakan sekolah di Kajang, polis buka kertas siasatan
KAJANG 28 Jan - Polis menjalankan siasatan terhadap satu insiden membabitkan seorang pelajar tahfiz yang dipercayai dipukul oleh tiga pelajar sekolah di sini sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 18 Januari lalu, manakala laporan polis diterima pada Isnin.
Menurut beliau, mangsa dipercayai dipukul oleh tiga pelajar tahfiz yang sama, menyebabkan mangsa mengalami lebam serta bengkak pada kedua-dua belah tangan.
“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Muhammad Haniffa Abd Rajk di talian 019-7356544 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 11:00 am
KDN tidak dedah maklumat siasatan serangan terhadap anak Rafizi di Dewan Rakyat
January 28, 2026, 10:54 am
Kerajaan digesa nilai semula penganjuran sambutan Hari Pekerja Pelancongan di Bukit Bintang
January 28, 2026, 10:47 am
Lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan di Kajang
January 28, 2026, 10:44 am
18 kenderaan rentung dalam kebakaran belukar berhampiran masjid di Johor Bahru
January 28, 2026, 10:43 am
Sultan Selangor larang nazir dan AJK masjid terbabit politik kepartian
January 28, 2026, 10:37 am
Gerai burger jatuh dari lori, penunggang motosikal cedera di Kamunting
January 27, 2026, 11:23 pm
