TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan di Kajang

By
|
Kongsi
image

KAJANG 28 Jan – Sebuah lori yang diparkir di bahu jalan dan ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri sebelum merempuh lima kenderaan di Jalan Persiaran Damai Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian yang membabitkan enam kenderaan itu berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, lori berkenaan secara tiba-tiba bergerak dari kedudukan asal sebelum melanggar lima kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan, sekali gus menyebabkan kerosakan harta benda.

“Bagaimanapun, semua pemandu dan penumpang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd. Suod di talian 017-3818422.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

+ - reset